28 October 2013

LAMA MENYEPI LAKARAN MASIH MENARI

NO NAME. INSIDE ME, I JUST LET IT OUT


YA ALLAH...

LAMANYA MENYEPI DARI BLOG. DAH SETAHUN LEBIH...

Semuanya kerana dihinggapi penyakit 'M' yang amat kronik. Hehehehe.

Apa pun, kita layan dulu sebahagian aktiviti yang berjaya dilaksanakan sepanjang menyepi dari mencoret semenjak setahun lebih ini. LAYAN~~~

Lukisan yang di atas tu memang tak ada nama...
Sekadar melakar dan meluahkan apa yang terlintas dalam hati. Pilihan warna, brush stroke, jalinan dan tekanan yang dihasilkan di atas kanvas putih akhirnya jadilah seperti di atas.

Bak kata ahli psikologi, lukisan seseorang boleh menggambarkan personaliti pelukisnya, maka terpulang pada anda semua untuk menilai lukisanku ini :-)


DITUJUKAN KHAS BUAT PARA MUJAHIDIN YANG MEMPERTAHAN DAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

 Lukisan 'Kereta Kebal' ini pun dihasilkan secara suka-suka. Dedicated to all mujahidin around the world..Semoga perjuangan mereka dipermudah dan diberi kemenangan atau ganjaran syahid. Amin~


WARNA WARNI KEHIDUPAN

Lukisan Warna Warni Kehidupan ini dihasilkan atas permintaan dan tempahan Puan Noormaliza. My ex-coursemate semasa di UPM dahulu. Alhamdulillah berkat kesabaran Puan Noormaliza kita, berjaya juga lukisan ini disiapkan dan diserahkan kepada beliau pada bulan November 2012 yang lalu.


FEELING ROMANTIK ATAS SAMPAN :-D

Lukisan yang Ala-ala feeling tengah laut ni ditempah oleh my Regular customer Cik Yanz. Alhamdulillah berjaya disiapkan dengan perasaan yang terbuai-buai pada bulan Oktober 2012 yang lalu.


SOME OF MY GEAR

TEMPAHAN LUKISAN TIGA SERANGKAI BUAT HAISAN RUANG TAMU

Tempahan lukisan tiga serangkai ini pula atas permintaan seorang sahabat yang dikenali semasa berkursus tahun lepas. Alhamdulillah telah berjaya menghiasi ruang tamu rumah beliau pada bulan Ogos 2013 yang lalu :-)


KHAS BUAT ANAKANDA YANG DICINTAI

Lukisan Bulan dan Bintang ini pula dibuat khas untuk tatapan anakanda kesayangan, Haziq. Mama sayang Haziq! :-D


INSPIRASI DARIPADA CAPAL NABI MUHAMMAD S.A.W
DAN.....lukisan bertemakan capal Nabi Muhammad S.A.W ini ditempah oleh seorang sahabat dan telah berjaya diserahkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Alhamdulillah!

Lama menyepi bukan bererti lakaran mati, namun selagi terdaya lakaran akan terus menari :-)

09 May 2012

Alhamdulillah, tempahan lukisan Tulip Pink berjaya disiapkan :-)

Salam seni buat semua.

Rindu nak mencoret cerita-cerita aktiviti seni di sini.

Sebenarnya aktiviti seni Wani masih aktif berjalan namun disebabkan betapa 'canggih'nya telefon pintar dan betapa 'laju'nya internet plan sebelum ini, maka mood nak update story sangat la kucar kacir.

Apa pun alhamdulillah, semua masalah internet 'laju' dan 'telefon pintar yang 'sangat pintar' dah berjaya diatasi. Maka dapatlah Wani update blog ni selalu dengan penuh passion :-)

ALHAMDULILLAH

Untuk kali ini Wani nak kongsi bersama semua pembaca blog tentang satu tempahan lukisan BUNGA TULIP PINK yang ditempah oleh seorang sahabat. Sebenarnya honestly struggle jugak untuk menyiapkan lukisan ini disebabkan komitmen kerja dan sebagainya.

Apa pun alhamdulillah tempahan berjaya disiapkan dan pelanggan sangat berpuas hati. Lega!

Bila pelanggan berpuas hati dan menjerit gembira pertama kali melihat lukisan tersebut, cik Wani pun boleh tersenyum senang.

Berikut adalah gambar hasil lukisan yang telah siap digantung di ruang tamu rumah sahabat tersebut untuk dikongsi bersama semua pembaca blog.



Tempahan yang menunggu untuk disiapkan selepas ini adalah LAVENDER UNGU & 'LOVE STORY'. Semoga semuanya dipermudah Allah. Amin~

Painting is one of my passion ;-)