28 October 2013

LAMA MENYEPI LAKARAN MASIH MENARI

NO NAME. INSIDE ME, I JUST LET IT OUT


YA ALLAH...

LAMANYA MENYEPI DARI BLOG. DAH SETAHUN LEBIH...

Semuanya kerana dihinggapi penyakit 'M' yang amat kronik. Hehehehe.

Apa pun, kita layan dulu sebahagian aktiviti yang berjaya dilaksanakan sepanjang menyepi dari mencoret semenjak setahun lebih ini. LAYAN~~~

Lukisan yang di atas tu memang tak ada nama...
Sekadar melakar dan meluahkan apa yang terlintas dalam hati. Pilihan warna, brush stroke, jalinan dan tekanan yang dihasilkan di atas kanvas putih akhirnya jadilah seperti di atas.

Bak kata ahli psikologi, lukisan seseorang boleh menggambarkan personaliti pelukisnya, maka terpulang pada anda semua untuk menilai lukisanku ini :-)


DITUJUKAN KHAS BUAT PARA MUJAHIDIN YANG MEMPERTAHAN DAN MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

 Lukisan 'Kereta Kebal' ini pun dihasilkan secara suka-suka. Dedicated to all mujahidin around the world..Semoga perjuangan mereka dipermudah dan diberi kemenangan atau ganjaran syahid. Amin~


WARNA WARNI KEHIDUPAN

Lukisan Warna Warni Kehidupan ini dihasilkan atas permintaan dan tempahan Puan Noormaliza. My ex-coursemate semasa di UPM dahulu. Alhamdulillah berkat kesabaran Puan Noormaliza kita, berjaya juga lukisan ini disiapkan dan diserahkan kepada beliau pada bulan November 2012 yang lalu.


FEELING ROMANTIK ATAS SAMPAN :-D

Lukisan yang Ala-ala feeling tengah laut ni ditempah oleh my Regular customer Cik Yanz. Alhamdulillah berjaya disiapkan dengan perasaan yang terbuai-buai pada bulan Oktober 2012 yang lalu.


SOME OF MY GEAR

TEMPAHAN LUKISAN TIGA SERANGKAI BUAT HAISAN RUANG TAMU

Tempahan lukisan tiga serangkai ini pula atas permintaan seorang sahabat yang dikenali semasa berkursus tahun lepas. Alhamdulillah telah berjaya menghiasi ruang tamu rumah beliau pada bulan Ogos 2013 yang lalu :-)


KHAS BUAT ANAKANDA YANG DICINTAI

Lukisan Bulan dan Bintang ini pula dibuat khas untuk tatapan anakanda kesayangan, Haziq. Mama sayang Haziq! :-D


INSPIRASI DARIPADA CAPAL NABI MUHAMMAD S.A.W
DAN.....lukisan bertemakan capal Nabi Muhammad S.A.W ini ditempah oleh seorang sahabat dan telah berjaya diserahkan pada bulan Mei 2013 yang lalu. Alhamdulillah!

Lama menyepi bukan bererti lakaran mati, namun selagi terdaya lakaran akan terus menari :-)

09 May 2012

Alhamdulillah, tempahan lukisan Tulip Pink berjaya disiapkan :-)

Salam seni buat semua.

Rindu nak mencoret cerita-cerita aktiviti seni di sini.

Sebenarnya aktiviti seni Wani masih aktif berjalan namun disebabkan betapa 'canggih'nya telefon pintar dan betapa 'laju'nya internet plan sebelum ini, maka mood nak update story sangat la kucar kacir.

Apa pun alhamdulillah, semua masalah internet 'laju' dan 'telefon pintar yang 'sangat pintar' dah berjaya diatasi. Maka dapatlah Wani update blog ni selalu dengan penuh passion :-)

ALHAMDULILLAH

Untuk kali ini Wani nak kongsi bersama semua pembaca blog tentang satu tempahan lukisan BUNGA TULIP PINK yang ditempah oleh seorang sahabat. Sebenarnya honestly struggle jugak untuk menyiapkan lukisan ini disebabkan komitmen kerja dan sebagainya.

Apa pun alhamdulillah tempahan berjaya disiapkan dan pelanggan sangat berpuas hati. Lega!

Bila pelanggan berpuas hati dan menjerit gembira pertama kali melihat lukisan tersebut, cik Wani pun boleh tersenyum senang.

Berikut adalah gambar hasil lukisan yang telah siap digantung di ruang tamu rumah sahabat tersebut untuk dikongsi bersama semua pembaca blog.



Tempahan yang menunggu untuk disiapkan selepas ini adalah LAVENDER UNGU & 'LOVE STORY'. Semoga semuanya dipermudah Allah. Amin~

Painting is one of my passion ;-)

23 March 2012

Mengisi masa hujung minggu

Salam seni buat semua :-)

Kebetulan hujung minggu yang lalu, adalah sedikit masa untuk berkarya di rumah.

Sabtu, 17 Mac 2012 yang lalu, akhirnya Wani berjaya juga memegang, mengguna pakai dan mencelupkan hujung berus ke dalam cat akrilik untuk menghasilkan karya terbaru.

Ternyata keserabutan fikiran sedikit sebanyak memudahkan urusan berkarya. Ilham datang ketika fikiran sedikit berkecamuk. Itu semua rezeki dari Allah, kan?

Dalam tempoh satu hari, dah berjaya menghasilkan dua buah lukisan di atas kanvas menggunakan cat akrilik ;-)

Ditambah satu lagi model tanah liat kucing (yang dibeli siap) telah berjaya diwarnakan (juga menggunakan cat akrilik).

Tapi memandangkan dua lukisan atas kanvas tersebut belum kering sepenuhnya (Wani menggunakan cat akrilik yang tebal) maka belum sesuai lagi untuk dikongsi bersama pembaca blog dan peminat seni.

Di sini, apa yang dapat Wani kongsikan adalah model patung kucing (si Comel) yang telah berjaya diwarnakan.


Langkah 1: Dalam proses mewarnakan model si Comel nih :-)

Langkah 2: Si Comel berjaya diwarnakan sepenuhnya.




Langkah 3: Si Comel berjaya di touch up :-) Alolololo, comel~
Alamak, lupa nak snap gambar si Comel yang dah siap sepenuhnya!! Dah siap jadikan si Comel sebagai hiasan tambahan di ruang tamu lagi :-)

Dalam kes ini, setelah Langkah 3 di atas selesai, Wani touch up lagi bahagian kening dan misai si Comel ni. Hihi. Mata si Comel pun Wani dah touch up sedikit supaya nampak lebih 'hidup'. 

Kesimpulan daripada Wani, sememangnya seni itu suatu medium luahan perasaan yang menenangkan!

15 March 2012

I had a long break :-)

2011,

I really had a long break.

Not update any post to my blog,

Not managed to complete customers order,

I AM SO SORRY. DEEP FROM MY HEART

Whatever it is, Alhamdulillah I already finished my studies and had a double convocation last year. Thanks Allah :-)




So, I can activated my Painting and Artwork blog again :-)

Plus, feel free to visit my personal blog at http://bicarasrikandimuda.blogspot.com/

Just get started back.


This is some of the reasons that encourage me all this while (when I was unactive due to some kind of circumstances)



TQVM for all the support! Really appreciate it :-)

Next mission: To finish up 3 orders from my customers. Amin~

27 May 2011

Oracion Seis

Salam semua (^_^)V

Wahhhh, lama betul Wani tak update blog~

Bukan apa, sibuk jugak kebelakangan ni dengan kerja, study (maklumlah, pelajar part time) dan juga kerja lukis melukis dan design mendesign (alhamdulillah banyak tempahan masuk line).

Diam bukan bermakna Wani sepi dari menjalankan kegiatan dan aktiviti seni.

Di sini Wani nak share satu job design yang baru sahaja selesai dilaksanakan (alhamdulillah)...

Wani diberi kepercayaan oleh seorang klien (my ex-student) untuk DESIGN LOGO SYARIKAT yang bakal didaftarkan oleh beliau.
Beliau (Afiq) bercadang untuk menjalankan perniagaan kereta sewa di Pantai Timur.

Memandangkan kepakaran Wani dalam software-software yang berkaitan ni sangat cetek, maka Wani pun mintalah bantuan kawan baik Wani, Ady Hameme yang sememangnya berpengalaman dalam bidang tersebut.

Buat pengetahuan pembaca blog semua, ini kali kedua Afiq memberi kepercayaan kepada Enjoy Lukis selepas Lukisan Kamen Rider beliau yang ditempah diterima dengan jayanya.

Kami tekun menyiapkan design logo tersebut, terutamanya si Ady Hameme, ni bukti keseriusan beliau.

Mula-mula lepak dan mencari ilham di Unit Ekuin, UPM Serdang.
Setelah puas dikerjakan dek encik-encik nyamuk, maka kami berubah tempat ke Secret Recipe, Mines.

Akhirnya, alhamdulillah~

TADAAA~~~ Inilah hasilnya!

Alhamdulillah, Afiq suka logo tersebut.
JAMBU! Hahahah~

10 April 2011

Reading time

Minggu lepas melangkahkan kaki ke Kinokuniya, KLCC bersama kawan-kawan aku, Ady dan Ijan.

Setelah puas membelek itu ini
(thanks to Ady dan Ijan kerana sangat sabar menanti),
akhirnya aku bawa pulang dua buku untuk dibaca ketika bersantai di rumah.

Karya pelukis yang tidak asing lagi (^_^)V
Menarik buku ni. Simple tapi penuh nostalgia



Pelukis-pelukis terkenal dan masalah psikologi mereka?
Interesting!

Cuci mata di Pasar Seni

Sabtu (9 April 2011)

Berpeluang jalan-jalan 'cuci mata' di Pasar Seni, Kuala Lumpur.




Terasa kerdil diri ni melihat karya-karya artis-artis di sana.

KAGUM!!!

Tapi sayangnya gambar-gambar yang boleh diambil sangat terhad.

Penat berjalan seharian namun pulang ke rumah dengan hati yang puas (^_^)V

Meeting + sleepy

Jumaat lepas ada mesyuarat.

Mengantuklah pulak.

Kalau dibiarkan sahaja boleh tertidur dibuatnya.

Untuk mencegah dari tidur dalam bilik mesyuarat disamping dapat beri lebih tumpuan, inilah kerja aku. he he he...

Bukan menulis, bukan menyalin nota, tapi melukis!

Barulah segar biji mata!


29 March 2011

Alhamdulillah, rezeki (^_^)

Tak berkesempatan nak update blog beberapa hari ni.

Bukan apa,sibuk dengan urusan kerja.

Apa pun, Alhamdulillah rezeki tak putus datang.


Terasa tak menang tangan pulak kadang kala.

Maklumlah, bab seni ni mana boleh rushing.


Apa yang penting customer puas hati dan yang melukis pun puas hati.

Kepuasan adalah salah satu aspek utama dalam menghargai hasil seni!

Sekarang sedang menjana ilham, merungkai idea dan membina mood untuk menghasilkan beberapa lukisan yang ditempah yang menginginkan tema-tema yang berbeza.


InsyaAllah I can do it!

18 March 2011

I am attached to CIRCLE

Bulat kecil bulat kecil bulat yang besar...lala lala lala lalalalalaaaa~

Teringat pulak lagu zaman sekolah dulu-dulu ni (^_^)

Topik kali ni berkaitan dengan BULAT

Tak tahu la kenapa, sejak akhir-akhir ni selalu terfikir benda-benda yang bulat dan akhirnya menjadi inspirasi untuk dijadikan lukisan.

Tapi kenapa mesti bulat??

Entahlah. Bila lukis bulatan, warnakan bulatan tersebut, rasa puas hati dan gembira.

Lukisan menggunakan water color di atas kertas kali ni bertemakan bulatan.





Bila difikir-fikir semula, banyak juga kaitan hidup aku dengan bulatan. Antaranya:

1) Aku hidup di atas permukaan bumi yang seperti diketahui umum berbentuk sfera


2) Karpet di ruang tamu rumah aku juga bertemakan bulatan :)



3) Semasa zaman sekolah dulu-dulu aku seorang atlet bola jaring.
Selalu bermain dengan bola jaring yang dah memang sah bulat bentuknya dan selalu ditugaskan menjadi goal keeper (GK) atau goal shooter (GS) yang sentiasa dekat dengan 'ring' netball yang juga bulat.

(sumber:thepriorynews.blogspot)





4) Aku juga seorang atlet Silat Olahraga yang perlu bertanding di dalam gelanggang yang berbentuk bulat.

(Sumber: silatfighterhandbook.netau.net)

Banyak lagi lah bulatan-bulatan yang berkaitan dalam hidup aku.

Mungkin sebab itulah lukisan-lukisan aku kadang kala banyak dipengaruhi unsur bulatan.

Serasi agaknya.

Apa pun tak kisah lah bulatan ke, segi tiga ke, segi empat ke,
yang penting aku ENJOY MELUKIS!

Just something that come out from my mind

This is another painting of mine.

Still no title for this artwork.



It was just something that come out from my mind and I just let it be on canvas.



According to psychology analysis, most of the time dark colors can be because of sad expressions.

I do not deny that analysis.



This is my very good way to release some sort of stress and uncomfortable feelings (^_^)

Medium: Acrylis on canvas
Size: 10 x 14
For sale??? For sure! (on negotiation)

13 March 2011

Suria KLCC dan Kinokuniya

Macam dah agak lama Wani tak berpeluang bersiar-siar di Suria KLCC.

Memang cantik KLCC di waktu malam!
Macam sebuah arca ais yang bersinar-sinar.
Tak jemu melihat.





Malam 9 Mac 2011 yang lalu, wujud kesempatan untuk bersiar-siar di KLCC dengan seorang kawan baik kerana menemaninya berjumpa dengan seorang kawan dari seberang.

Apa lagi, kesempatan untuk mengunjungi Kinokuniya di Suria KLCC tak disia-siakan.

Lebih kurang 15 minit membelek buku sana sini, akhirnya Wani membawa pulang sebuah buku yang dikira berguna sebagai rujukan untuk terus berkarya dalam bidang seni.





Senyum puas hati sambil melangkah kaki meninggalkan Suria KLCC kerana hajat di hati telah tercapai (^_^)V

Kamen Rider dan Tanah Merah

Minggu lepas Wani pergi ke Kedai Bingkai Gambar di Sri Serdang untuk framekan lukisan yang ditempah.

"Seminggu lagi siap ye dik." Kata abang kedai bingkai gambar.

Sejurus siap, akan dipos ke Tanah Merah, Kelantan. kepada saudara Afiq yang sudah tidak sabar-sabar untuk menggantungkan Kamen Rider tersebut.

Berikut dikongsi bersama pembaca-pembaca blog, lukisan Kamen Rider yang diberi sentuhan baru seperti mana yang dikehendaki oleh saudara Afiq kita.

Terima Kasih Afiq kerana memberi kepercayaan kepada Enjoy Lukis untuk merealisasikan hasrat beliau :)



09 March 2011

Kamen Rider ker?

Alhamdulillah siap juga akhirnya tempahan lukisan super hero ni yang ditempah oleh seorang jejaka dari pantai timur (^_^)V

Bukan main suka si jejaka bila Wani bagi dia review lukisan yang telah siap. Tak sabar-sabar empunya diri minta diposkan.

VROOOMMMMM....VROOOMMMM....VROOOMMMMM....!!


source:http://www.kaskus.us/showthread.php?t=1549701&page=33

'Super Hero dan superbikenya' akan dipos ke negeri Che Siti Wan Kembang dengan segera setelah selesai dibingkaikan :)

Will be updated the painting of this superhero later in this blog

Thank you for you order.

Your satisfaction is my pleasure

04 March 2011

My bestfriend's painting. FOR SALE (^_^)V

Salam,

Meriah betul Giveaway 3 Sponsor yang sedang hangat berlangsung sekarang (^_^)V

Seronok Wani tengok.

By the way, berikut ada satu lukisan akrilik di atas kanvas yang dihasilkan oleh kawan baik Wani, Encik Ady Hameme untuk dijual sekiranya ada yang berminat.



Tajuk: Suci dalam warna
Medium: Akrilik atas kanvas
Saiz: 10 x 14
Harga: Boleh dirunding