11 July 2010

Kelas Seni Lukis, Diploma Pengurusan Awam siri 1/2010



Sepanjang mengikuti Diploma Pengurusan Awam (Mac-September 2010) ni, aku paling suka dan selalunya tak sabar nak menghadiri Kelas Seni Budaya yang merupakan salah satu keperluan kursus yang perlu kami hadiri.

Alhamdulillah antara Kelas Seni Budaya seperti Teater, Gamelan, Vokal, Tarian, Seni Lukis dan lain-lain yang ditawarkan kepada semua peserta, aku berpeluang mengikuti Kelas Seni Lukis yang dianjurkan. Kelas yang hanya menyediakan kurang dari sepuluh sesi pembelajaran ini bagi aku satu peluang keemasan untuk belajar lebih lanjut dan melayan hobi melukis dari seorang pelukis profesional.

Dalam masa dan tempoh pembelajaran yang terhad, dapat jugak aku timba sedikit sebanyak ilmu dan tips dari Cikgu Suzlee Ibrahim (Lecturer Fine Art Faculty, ASWARA). Alangkah bertuahnya aku dapat menimba ilmu seni daripada pelukis Malaysia bertaraf antarabangsa ni secara percuma pula tu.

Buat pembaca blog ini yang mungkin kurang mengenali Cikgu Suzlee, bolehlah layari;
http://www.suzleefineart.paint.at

Di akhir Kelas Seni Lukis ini nanti, kami semua pelajar kelas ini dikehendaki mengadakan pameran lukisan di Intan Bukit Kiara.

Bila pameran lukisannya dan berapa banyak hasil seni lukis yang akan dipaparkan untuk tontonan warga DPA dan warga Intan Bukit Kiara akan diupdate kemudian. Tungguuuuuuuuu~~~

Mastering The Art of Painting




7 Februari 2010 yang lepas aku berpeluang bersiar-siar kat KLCC.

Berpeluang juga masuk ke kedai buku Kinokuniya di KLCC tu.

Banyak-banyak segmen dalam Kinokuniya tu, aku berminat menuju ke bahagian buku-buku rujukan dan panduan untuk melukis.

Banyak betul pilihan buku-buku panduan melukis sampai aku rambang mata nak pilih yang mana. Harganya pun boleh tahan juga sebab kebanyakan buku tersebut adalah buku-buku import. Setelah puas membelek, akhirnya aku berminat untuk membeli buku MASTERING THE ART OF PAINTING oleh Francisco Asencio Cerver dan Ilse Diehl dengan harga RM103.48

Apa yang menarik perhatian aku tentang buku ini adalah kerana ia lengkap. A-Z yang aku ingin tahu berkenaan painting hampir semuanya ada dalam buku ini.

Maklumlah, selaku pelukis amatur yang tak pernah menghadiri sebarang seminar atau kelas melukis secara khusus, aku perlu juga menambah pengetahuan terhadap bidang lukisan.

Seingat aku, paling akhir aku join kelas lukisan adalah masa SPM 2002 dulu iaitu Kelas Pendidikan Seni.

Semoga selepas ini aku mampu menghasilkan lukisan atau hasil seni yang lebih baik dari sebelum ini. Yeah!