Tak berkesempatan nak update blog beberapa hari ni.
Bukan apa,sibuk dengan urusan kerja.
Apa pun, Alhamdulillah rezeki tak putus datang.
Terasa tak menang tangan pulak kadang kala.
Maklumlah, bab seni ni mana boleh rushing.
Apa yang penting customer puas hati dan yang melukis pun puas hati.
Kepuasan adalah salah satu aspek utama dalam menghargai hasil seni!
Sekarang sedang menjana ilham, merungkai idea dan membina mood untuk menghasilkan beberapa lukisan yang ditempah yang menginginkan tema-tema yang berbeza.
InsyaAllah I can do it!
29 March 2011
18 March 2011
I am attached to CIRCLE
Bulat kecil bulat kecil bulat yang besar...lala lala lala lalalalalaaaa~
Teringat pulak lagu zaman sekolah dulu-dulu ni (^_^)
Topik kali ni berkaitan dengan BULAT
Tak tahu la kenapa, sejak akhir-akhir ni selalu terfikir benda-benda yang bulat dan akhirnya menjadi inspirasi untuk dijadikan lukisan.
Tapi kenapa mesti bulat??
Entahlah. Bila lukis bulatan, warnakan bulatan tersebut, rasa puas hati dan gembira.
Lukisan menggunakan water color di atas kertas kali ni bertemakan bulatan.

Bila difikir-fikir semula, banyak juga kaitan hidup aku dengan bulatan. Antaranya:
1) Aku hidup di atas permukaan bumi yang seperti diketahui umum berbentuk sfera

2) Karpet di ruang tamu rumah aku juga bertemakan bulatan :)

3) Semasa zaman sekolah dulu-dulu aku seorang atlet bola jaring.
Selalu bermain dengan bola jaring yang dah memang sah bulat bentuknya dan selalu ditugaskan menjadi goal keeper (GK) atau goal shooter (GS) yang sentiasa dekat dengan 'ring' netball yang juga bulat.
(sumber:thepriorynews.blogspot)

4) Aku juga seorang atlet Silat Olahraga yang perlu bertanding di dalam gelanggang yang berbentuk bulat.

(Sumber: silatfighterhandbook.netau.net)
Banyak lagi lah bulatan-bulatan yang berkaitan dalam hidup aku.
Mungkin sebab itulah lukisan-lukisan aku kadang kala banyak dipengaruhi unsur bulatan.
Serasi agaknya.
Apa pun tak kisah lah bulatan ke, segi tiga ke, segi empat ke,
yang penting aku ENJOY MELUKIS!

Subscribe to:
Posts (Atom)