Mama selalu bercerita yang ayah aku ni masa zaman muda memang suka melukis. Kiranya aku ni memang mewarisi minat ayah aku lah. Hehehe.
Mana taknya, dari zaman sekolah rendah sampai ke universiti, aku selalu jugak masuk pertandingan melukis di sana sini...
Masuk pertandingan melukis memang lumayan..hehehehe..dan yang pastinya seronok tak kira menang atau kalah. Sampai sekarang alhamdulillah aku masih berpeluang untuk aktif melukis :)
Banyak jugak kot lukisan-lukisan yang ayah pernah hasilkan sebagai pelukis amatur tapi aku tak berpeluang nak tengok kecuali beberapa lukisan sahaja.
Dulu-dulu masa kecil, ketika berkunjung ke rumah nenek aku di Melaka, aku bertanya pada mama, "Ma, lukisan-lukisan kat dinding rumah nenek ni siapa yang lukis?"
Dan mama pun menjawab "Ayah yang lukis semua lukisan tu". Dan aku kagum.
Sedar atau tidak dah lebih dua puluh tahun lukisan-lukisan itu tetap utuh tergantung di ruang tamu rumah nenek aku di kampung. Itu sahaja lukisan-lukisan ayah yang dihasilkannya di waktu muda yang dapat aku tengok.
Berikut adalah lukisan-lukisan tersebut untuk dikongsi bersama pembaca blog ini:
Potret mama semasa muda yang dilukis oleh ayah...(^_^)
Ni pulak gambar-gambar pemandangan yang ayah lukis :)
Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu, kalau aku nak masuk pertandingan melukis antara sekolah-sekolah mahupun peringkat negeri, aku pasti akan mendapatkan khidmat nasihat dan mempelajari beberapa teknik melukis dari ayah. Mama pun apa kurangnya, boleh tahan juga bab-bab melukis dan memberi idea.
Sememangnya aku bersyukur di atas kurnia Allah (^_^)
No comments:
Post a Comment