30 November 2010

Enjoy Lukis on Facebook

Find and join Enjoy Lukis Fan Page on Facebook now (^_^)V

Hope to see you there




02 November 2010

Menangani STRESS di tempat kerja?

Sejak kebelakangan ni, beban kerja bertambah cabarannya.

Kadang kala ,malah selalunya membawa kepada STRESS.

Bila STRESS di pejabat, apa inisiatif kita?

Lari dari tugas hakiki?

Tidur??

Main games???

Chatting????

Bersembang??

Mengumpat??? Upppssss.....

Asyik makan jer?????

'Bercinta' dengan gagang telefon?????

Facebook??????

Baca email yang kelakar giler????

Layan YOUTUBE????

Macam-macam ada zaman sekarang.

Mari lihat sebahagian 'hasil' kerja aku kala STRESS di pejabat......
Semuanya dilakar menggunakan microsoft paint + mouse komputer...lalalala~




p/s: Kartun diri sendiri (konon-konon la..)



p/s: Memang sah aku STRESS dengan terhasilnya gambar nih....ish3x




Bunga...sekadar untuk mengurangkan STRESS



Hah, STRESS lagi??? Apakata kira berapa biji bulatan bagi setiap warna yang terdapat dalam gambar di atas? he he he


Apa sekali pun, tak salah mencari cara yang 'fun' untuk release STRESS di pejabat, yang penting kerja siap pada masanya dengan kualiti yang ditetapkan.

01 November 2010

Lukisan aku di Ipoh, Perak

Tengah golek-golek tengok TV, tiba-tiba terima MMS dari seorang sahabat bernama Liza yang menempah lukisan (akrilik atas kanvas) untuk ruang tamu rumahnya di Ipoh, Perak pada bulan Ramadhan lepas.




Jadi aku pun masukkan gambar lukisan yang telah pun digantung di dinding rumah beliau ke dalam blog ni untuk berkongsi dengan semua pembaca blog....hihihi....







Terima kasih buat Liza dan suami beliau atas gambar tersebut dan kepercayaan mereka~

I appriciate those who appriciate my artwork (^_^)

M.O.O.D

Mood sangatlah penting dalam menghasilkan sebuah lukisan yang baik.

Ini pendapat peribadi aku.

Sebuah lukisan boleh dihasilkan dengan unsur paksaan namun aura dan 'seri'nya takkan sama dengan lukisan yang dihasilkan dari hati.....

Melukis sebenarnya adalah LUKISAN HATI.

Tak ikhlas melukis, malaplah hasilnya.





Dalam mengambil tempahan melukis juga, aku sentiasa berusaha mencari mood yang baik sebelum melukis.

InsyaAllah, jika dah set dalam kepala, hari ni hari untuk melukis, sekali lukis je dengan izin Allah akan menjadilah apa yang dihajati.

Jangan melukis kerana nak kejar untung saja.

Jangan melukis dengan niat nak bertanding dengan orang lain dan menunjukkan siapa lebih hebat.

Tapi, melukislah sebagai meluahkan isi hati yang mungkin tidak dapat diluahkan secara langsung.
Dengan cara ini, secara automatik akan ada mata yang menghargai hasilnya dan akan ada hati yang terpaut padanya.