09 May 2012

Alhamdulillah, tempahan lukisan Tulip Pink berjaya disiapkan :-)

Salam seni buat semua.

Rindu nak mencoret cerita-cerita aktiviti seni di sini.

Sebenarnya aktiviti seni Wani masih aktif berjalan namun disebabkan betapa 'canggih'nya telefon pintar dan betapa 'laju'nya internet plan sebelum ini, maka mood nak update story sangat la kucar kacir.

Apa pun alhamdulillah, semua masalah internet 'laju' dan 'telefon pintar yang 'sangat pintar' dah berjaya diatasi. Maka dapatlah Wani update blog ni selalu dengan penuh passion :-)

ALHAMDULILLAH

Untuk kali ini Wani nak kongsi bersama semua pembaca blog tentang satu tempahan lukisan BUNGA TULIP PINK yang ditempah oleh seorang sahabat. Sebenarnya honestly struggle jugak untuk menyiapkan lukisan ini disebabkan komitmen kerja dan sebagainya.

Apa pun alhamdulillah tempahan berjaya disiapkan dan pelanggan sangat berpuas hati. Lega!

Bila pelanggan berpuas hati dan menjerit gembira pertama kali melihat lukisan tersebut, cik Wani pun boleh tersenyum senang.

Berikut adalah gambar hasil lukisan yang telah siap digantung di ruang tamu rumah sahabat tersebut untuk dikongsi bersama semua pembaca blog.



Tempahan yang menunggu untuk disiapkan selepas ini adalah LAVENDER UNGU & 'LOVE STORY'. Semoga semuanya dipermudah Allah. Amin~

Painting is one of my passion ;-)

23 March 2012

Mengisi masa hujung minggu

Salam seni buat semua :-)

Kebetulan hujung minggu yang lalu, adalah sedikit masa untuk berkarya di rumah.

Sabtu, 17 Mac 2012 yang lalu, akhirnya Wani berjaya juga memegang, mengguna pakai dan mencelupkan hujung berus ke dalam cat akrilik untuk menghasilkan karya terbaru.

Ternyata keserabutan fikiran sedikit sebanyak memudahkan urusan berkarya. Ilham datang ketika fikiran sedikit berkecamuk. Itu semua rezeki dari Allah, kan?

Dalam tempoh satu hari, dah berjaya menghasilkan dua buah lukisan di atas kanvas menggunakan cat akrilik ;-)

Ditambah satu lagi model tanah liat kucing (yang dibeli siap) telah berjaya diwarnakan (juga menggunakan cat akrilik).

Tapi memandangkan dua lukisan atas kanvas tersebut belum kering sepenuhnya (Wani menggunakan cat akrilik yang tebal) maka belum sesuai lagi untuk dikongsi bersama pembaca blog dan peminat seni.

Di sini, apa yang dapat Wani kongsikan adalah model patung kucing (si Comel) yang telah berjaya diwarnakan.


Langkah 1: Dalam proses mewarnakan model si Comel nih :-)

Langkah 2: Si Comel berjaya diwarnakan sepenuhnya.




Langkah 3: Si Comel berjaya di touch up :-) Alolololo, comel~
Alamak, lupa nak snap gambar si Comel yang dah siap sepenuhnya!! Dah siap jadikan si Comel sebagai hiasan tambahan di ruang tamu lagi :-)

Dalam kes ini, setelah Langkah 3 di atas selesai, Wani touch up lagi bahagian kening dan misai si Comel ni. Hihi. Mata si Comel pun Wani dah touch up sedikit supaya nampak lebih 'hidup'. 

Kesimpulan daripada Wani, sememangnya seni itu suatu medium luahan perasaan yang menenangkan!

15 March 2012

I had a long break :-)

2011,

I really had a long break.

Not update any post to my blog,

Not managed to complete customers order,

I AM SO SORRY. DEEP FROM MY HEART

Whatever it is, Alhamdulillah I already finished my studies and had a double convocation last year. Thanks Allah :-)




So, I can activated my Painting and Artwork blog again :-)

Plus, feel free to visit my personal blog at http://bicarasrikandimuda.blogspot.com/

Just get started back.


This is some of the reasons that encourage me all this while (when I was unactive due to some kind of circumstances)



TQVM for all the support! Really appreciate it :-)

Next mission: To finish up 3 orders from my customers. Amin~