15 August 2010

WOMEN berpindah ke rumah baru (^_-)V

Salam semua~

Hari ni aku berkesempatan menyerahkan lukisan WOMEN kepada Aus yang merupakan pembelinya by hand. Pintu pagar Kolej Perubatan UPM menjadi saksi penyerahan lukisan tersebut..chewahhh~



Wani dan WOMEN





















Perjumpaan yang ringkas dan singkat namun seronok juga sebab dah lama tak jumpa Aus. Malam ni akan jadi malam pertama WOMEN di rumah baru...bye bye WOMEN :)

As for me, price is not everything. Yang penting aku puas hati dan Aus pun puas hati :)





Wani + WOMEN + Aus























Kepada Aus, terima kasih kerana membeli dan menghargai hasil seni aku. (^_^)V

PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA

Minggu lepas, sedang aku berehat-rehat di dalam kelas, tiba-tiba Kak Izwani datang dan bagi aku satu poster. Katanya khas untuk aku dan dia berharap aku dapat join benda tu.

Uiksss??? Apa benda pulak???? Dengan penuh tanda tanya aku pun buka poster yang diberi dan baca.

Rupa-rupanya poster tentang Pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka 2010, anjuran balai Seni Lukis Negara dan beberapa penganjur lain. Aku baca syarat-syarat pertandingan, macam berminat. Aku tengok tarikh tutup, 31 Ogos 2010. Sempat lagi nak melukis nih.




InsyaAllah jika ada kesempatan dan peluang, cuba-cuba je la pertandingkan karya dalam pertadingan ni. Kalah menang belakang cerita, yang penting puas hati. Sekarang aku tengah kumpul-kumpul info dan idea untuk pertandingan kartun tersebut.


Apa pun, terima kasih kepada Kak Izwani. Kalau dia tak hulur poster tu, sure aku tak tahu adanya pertandingan tersebut. Betapa tak pekanya aku..hehehehe (^_-)V

Kartun untuk Majalah DPA 2010

Huahh~~ minggu ni aku ade kelas pengurusan kewangan. Lecturer-lecturer yang mengajar actually semuanya best, baik dan bersemangat belaka.

Tapi memandangkan aku ni jenis yang memang tak minat angka2 mahupun nombor2 nih (aku pun xtau macam mana aku boleh jadi engineering student....), maka perhatian aku di dalam kelas kerap terganggu. Tau-tau aku da sampai 'London' da...hehehe

Ni tak boleh jadi, aku kena buat sesuatu untuk elakkan aku 'terbang secara percuma ke London' lagi. Maka aku pun mintak la belas ihsan member sebelah kiri (Saiful) untuk sedekahkan A4 paper kat aku. Pastu aku minta belas ihsan member sebelah kanan (Yun) untuk pinjam pen ink hitam dakwat cair dia...Dan, apa lagi, aku pun menconteng la atas kertas sambil telinga mendengar intipati kuliah yang penceramah beri.

Akhirnya, dalam beberapa jam, siaplah lukisan kartun aku. Aku sumbangkan lukisan kartun tersebut untuk Majalah DPA. Habis je kelas, aku pas kepada Cik Suraya kita selaku salah seorang AJK Majalah.

Mungkin intipati kartun yang aku lukis ni tak difahami oleh orang lain selain student DPA 1 2010, namun aku tetap nak share kartun ni dengan pembaca blog ku ini (^_-)V