15 August 2010

PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA

Minggu lepas, sedang aku berehat-rehat di dalam kelas, tiba-tiba Kak Izwani datang dan bagi aku satu poster. Katanya khas untuk aku dan dia berharap aku dapat join benda tu.

Uiksss??? Apa benda pulak???? Dengan penuh tanda tanya aku pun buka poster yang diberi dan baca.

Rupa-rupanya poster tentang Pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka 2010, anjuran balai Seni Lukis Negara dan beberapa penganjur lain. Aku baca syarat-syarat pertandingan, macam berminat. Aku tengok tarikh tutup, 31 Ogos 2010. Sempat lagi nak melukis nih.




InsyaAllah jika ada kesempatan dan peluang, cuba-cuba je la pertandingkan karya dalam pertadingan ni. Kalah menang belakang cerita, yang penting puas hati. Sekarang aku tengah kumpul-kumpul info dan idea untuk pertandingan kartun tersebut.


Apa pun, terima kasih kepada Kak Izwani. Kalau dia tak hulur poster tu, sure aku tak tahu adanya pertandingan tersebut. Betapa tak pekanya aku..hehehehe (^_-)V

No comments:

Post a Comment