Lama jugak tak update blog..hehehe...
In this post, I just want to share my new activities :)
Bukanlah bermakna aku bosan dengan painting tapi sedang berjalan-jalan di Jusco Equin 2 mingggu lepas, tetiba terjumpa benda-benda ni dijual.
Tinggal nak diwarnakan sahaja. Apa lagi, aku sambar la bawak balik dan warnakan.
Why not trying something new kan.
Patung SHREK ni pula wani dapat free entah bila entah masa beli Koko Krunch..hehehe...pun menjadi 'mangsa' contengan jugak
Setelah aktiviti conteng menconteng yang memerlukan ketelitian dijalankan, akhirnya inilah hasil yang dapat dilihat
Bear pakai baju merah tu dah dihadiahkan kepada adik perempuanku (^_^)V
Really enjoy my new activities.
Sampai tertido menunggu cat kering...hehehe
Ada lagi yang bakal 'didedahkan' dalam blog ini. tunggu~
26 December 2010
10 December 2010
Alhamdulillah (All praises to Allah)
08 December 2010
May Allah bless us
Feel so stress today with my job.
so, one of the best way to release my stress, PAINTING!!
I just finished this painting 5 minutes ago. Still 'hot' from the 'oven'!
and want to share it with this blog readers (-_-)
Also FOR SALE if anyone asked for it.
Part of it will be spend for charity work, InsyaAllah...
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....AMIN....
02 December 2010
Tempahan rama-rama biru siap juga akhirnya (^_^)
Makan masa juga nak siapkan tempahan ni. Bukan masa melukis yang lama, tetapi disebabkan komitmen-komitmen lain dan mood jugak macam 'liat' nak datang.
Semasa menyiapkan tempahan lukisan ni, hanya ada satu sahaja matlamat dalam otak aku iaitu, biar rakan aku ni rasa berbaloi dengan hasilnya walaupun terpaksa menunggu agak lama sikit.
Dan alhamdulillah karya ni benar-benar membuat rakanku, Yanz gembira.
Dia gembira, aku pun gembira (^_^) YEAY!!
Pagi ni serahkan kepada beliau, petangnya sudah digantung di dinding bilik pejabatnya.
Thank you Yanz sebab percaya dan hargai hasil karya aku. (^_^)V
LEGA~
Sumbangan karya untuk sekolah
Seorang rakan yang merupakan guru Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kedah memohon satu sumbangan karya lukisan aku untuk dipamerkan di studio seni sekolah beliau.
Dengan harapan karya tersebut dapat dijadikan sebagai contoh dan mencetus sedikit ilham buat pelajar-pelajarnya menghayati Pendidikan Seni Visual.
Maka, aku memilih karya berikut untuk disumbangkan kepada studio seni sekolah berkenaan melalui rakanku itu.
Semoga sumbangan karya ini mampu memberi manfaat kepada golongan sasaran berkenaan. (^_^)
30 November 2010
02 November 2010
Menangani STRESS di tempat kerja?
Sejak kebelakangan ni, beban kerja bertambah cabarannya.
Kadang kala ,malah selalunya membawa kepada STRESS.
Bila STRESS di pejabat, apa inisiatif kita?
Lari dari tugas hakiki?
Tidur??
Main games???
Chatting????
Bersembang??
Mengumpat??? Upppssss.....
Asyik makan jer?????
'Bercinta' dengan gagang telefon?????
Facebook??????
Baca email yang kelakar giler????
Layan YOUTUBE????
Macam-macam ada zaman sekarang.
Mari lihat sebahagian 'hasil' kerja aku kala STRESS di pejabat......
Semuanya dilakar menggunakan microsoft paint + mouse komputer...lalalala~
p/s: Kartun diri sendiri (konon-konon la..)
p/s: Memang sah aku STRESS dengan terhasilnya gambar nih....ish3x
Bunga...sekadar untuk mengurangkan STRESS
Hah, STRESS lagi??? Apakata kira berapa biji bulatan bagi setiap warna yang terdapat dalam gambar di atas? he he he
Apa sekali pun, tak salah mencari cara yang 'fun' untuk release STRESS di pejabat, yang penting kerja siap pada masanya dengan kualiti yang ditetapkan.

01 November 2010
Lukisan aku di Ipoh, Perak
Tengah golek-golek tengok TV, tiba-tiba terima MMS dari seorang sahabat bernama Liza yang menempah lukisan (akrilik atas kanvas) untuk ruang tamu rumahnya di Ipoh, Perak pada bulan Ramadhan lepas.
Jadi aku pun masukkan gambar lukisan yang telah pun digantung di dinding rumah beliau ke dalam blog ni untuk berkongsi dengan semua pembaca blog....hihihi....
Terima kasih buat Liza dan suami beliau atas gambar tersebut dan kepercayaan mereka~
I appriciate those who appriciate my artwork (^_^)

M.O.O.D
Mood sangatlah penting dalam menghasilkan sebuah lukisan yang baik.
Ini pendapat peribadi aku.
Sebuah lukisan boleh dihasilkan dengan unsur paksaan namun aura dan 'seri'nya takkan sama dengan lukisan yang dihasilkan dari hati.....
Melukis sebenarnya adalah LUKISAN HATI.
Tak ikhlas melukis, malaplah hasilnya.
Dalam mengambil tempahan melukis juga, aku sentiasa berusaha mencari mood yang baik sebelum melukis.
InsyaAllah, jika dah set dalam kepala, hari ni hari untuk melukis, sekali lukis je dengan izin Allah akan menjadilah apa yang dihajati.
Jangan melukis kerana nak kejar untung saja.
Jangan melukis dengan niat nak bertanding dengan orang lain dan menunjukkan siapa lebih hebat.
Tapi, melukislah sebagai meluahkan isi hati yang mungkin tidak dapat diluahkan secara langsung. Dengan cara ini, secara automatik akan ada mata yang menghargai hasilnya dan akan ada hati yang terpaut padanya.

28 October 2010
IN PROGRESS.....Rama-rama biru
Alhamdulillah masih ada rezeki yang datang.
Kini aku sedang mencetus ilham dan memupuk kesabaran menanam ketekunan menyiapkan lukisan tempahan seorang kawan.
Mungkin aura Malam Metamorfosis DPA 1/2010 masih belum malap sehinggakan sahabat ni meminta aku menyiapkan lukisan bertemakan rama-rama berwarna biru buatnya.
InsyaAllah, 20% progress telah berjalan. Lagi 80% yang perlu diselesaikan.

Galeri Lukisan Malam Metamorfosis dan Hadiah Lukisan buat KSN
Malam Metamorfosis.
Penutup segala usaha selama 7 bulan berjuang dalam pelbagai emosi dan situasi.
Sekali lagi kami pelajar Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam bilangan 1/2010 dipelawa membuat pameran di perkarangan Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara.
Sambutan memang menggalakkan untuk artis-artis baru dan amatur macam kami ni. Tak sangka ramai juga yang meminati lukisan rupa-rupanya.
Berikut sebahagian suasana yang berjaya dirakam sepanjang pameran lukisan tersebut berlangsung:
Hampir sepuluh lukisan berjaya dijual pada malam tersebut.
Selain itu, kami pelajar Kelas Seni Lukis juga turut menghadiahkan sebuah lukisan sesuai dengan tema malam tersebut mewakili semua para pelajar kepada Ketua Setiausaha Negara yang merupakan tetamu kehormat.
Inilah hasil seni kami sebagai hadiah buat KSN
Alhamdulillah respons yang diterima adalah positif.
Nafas lega kami hembuskan!

Projek backdrop sempena Malam Metamorfosis DPA 1/2010
Malam Metamorfosis 2010 yang berlangsung pada 29 September 2010 sememangnya menuntut komitmen yang tinggi. Sibuk betul sepanjang membuat persiapan untuk malam tersebut.
Antaranya aku dan beberapa orang rakan terlibat dalam kerja-kerja menyiapkan hiasan luar dewan yang turut meliputi sebuah backdrop besar bertemakan rama-rama.
Cukup mencabar.
Keletihan sepanjang hari ditambah kesihatan yang kurang baik ditambah peralatan yang ala kadar dan macam-macam lagi cabaran.
Ketekunan membawa kejayaan
Namun akhirnya berkat usaha semua, berjaya juga backdrop tersebut dinaikkan dengan jayanya.
CONGRATS TO ALL!!

Malam Simfoni Budaya, Diploma Pengurusan Awam bil 1/2010
Berlangsungnya Malam Simfoni Budaya di Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara pada 24 September 2010.
Maka kami pelajar-pelajar Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam diminta untuk mengadakan pameran/ galeri kecil-kecilan untuk mempamerkan hasil kerja kami sepanjang kelas berlangsung.
Satu pengalaman yang menarik kerana ini pertama kali berpeluang mempamerkan hasil seni kepada umum.
Walaupun lingkungan sasarannya adalah kecil, namun tetap berpuas hati dan seronok!
Mereka dan hasil seni mereka.......
Walaupun kami semua bukannya profesional, namun beberapa hasil karya berjaya menarik hati beberapa orang pembeli.
NOT BAD..... A GOOD START!

Subscribe to:
Posts (Atom)