28 October 2010

Galeri Lukisan Malam Metamorfosis dan Hadiah Lukisan buat KSN

Malam Metamorfosis.

Penutup segala usaha selama 7 bulan berjuang dalam pelbagai emosi dan situasi.

Sekali lagi kami pelajar Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam bilangan 1/2010 dipelawa membuat pameran di perkarangan Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara.

Sambutan memang menggalakkan untuk artis-artis baru dan amatur macam kami ni. Tak sangka ramai juga yang meminati lukisan rupa-rupanya.

Berikut sebahagian suasana yang berjaya dirakam sepanjang pameran lukisan tersebut berlangsung:







Hampir sepuluh lukisan berjaya dijual pada malam tersebut.



Selain itu, kami pelajar Kelas Seni Lukis juga turut menghadiahkan sebuah lukisan sesuai dengan tema malam tersebut mewakili semua para pelajar kepada Ketua Setiausaha Negara yang merupakan tetamu kehormat.



Inilah hasil seni kami sebagai hadiah buat KSN







Alhamdulillah respons yang diterima adalah positif.

Nafas lega kami hembuskan!

No comments:

Post a Comment