27 October 2010

Pelangi Malam kini milik saudari Nurriha



KU MENITI AWAN YANG KELABU
KU TEMPUHI LORONG YANG BERLIKU
MENCARI SINAR YANG MENERANGI KEGELAPANKU

KU PERCAYA NANTI SUATU MASA
SANG SURIA KAN MENYINAR JUA
MEMBAWA HARAPAN YANG MENGGUNUNG BERSAMANYA

ENGKAU TIBA BAGAIKAN PELANGI
TAK BERCAHAYA NAMUN KAU BERSERI
TAPI CUKUP MENGHIBURKAN HATI INI....

Arwah Sudirman menyanyikan lagu PELANGI PETANG yang cukup menyentuh sanubari, tapi pernahkah kita mendengar istilah PELANGI MALAM?



Mula-mula tak ada idea nak bagi nama pada lukisan ni semasa ia dilukis.

Lukisan ini dilukis sekadar bagi mengurangkan stress. Laju je tangan aku mewarna kanvas putih tersebut.

Tapi akhirnya dengan ilham dari seorang rakan, lukisan ini dinamakan PELANGI MALAM.

Dipamerkan di Mini Galeri pada Malam Simfoni Budaya dan Malam Metamorfosis DPA 1/2010 akhir September 2010 yang lalu, tak sangka pula PELANGI MALAM berjaya menarik perhatian beberapa pembeli yang berminat.



Belum dipamerkan secara rasmi pada malam tersebut, PELANGI MALAM sudah menjadi milik Riha.

Rezeki Riha. Terima kasih, Riha.



Harap berpuas hati dengan kualiti lukisan ini.

Menurut kata Riha, ini kali pertama beliau membeli lukisan untuk dijadikan sebahagian hiasan dalaman rumah.

I feel appriciated!

No comments:

Post a Comment