18 March 2010
Sepetang di Taman Wetland, Putrajaya
Layan melukis dengan kawan baik aku, Ady Hameme di Wetland, Putrajaya....atau lebih tepat lagi, di atas Menara Tinjau, Wetland, Putrajaya.
Best!
Tahniah kepada Encik Ady kita kerana berjaya menghasilkan lukisan sulung beliau di atas kanvas! Keep it up! (boleh tengok ye betapa seriusnya muka encik Ady kita melukis....hehehehe)
Aku plak syok layan dua lukisan sampailah ke petang.
Sepanjang menyiapkan lukisan ramai jugak pengunjung yang 'memanjat' menara tinjau tu berhenti dan lepak-lepak tengok kitorang berdua melukis. Meriah!
Tetiba terasa macam pelukis jalanan pulak....hahahaha (^_-)
Dua lukisan tu aku hadiahkan kepada kedua-dua bos aku sebelum aku menghadiri kursus panjang (will be not in office) untuk lebih kurang 6-7 bulan.
habis je melukis, da petang dan perut pun da lapar...so, apalagi ALAMANDA, Putrajaya la destinasi seterusnya.
Dalam rintik hujan yang makin kasar, aku dan Ady berlari ke kereta menyelamatkan lukisan-lukisan daripada terkena air hujan (^_-)V
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment