28 October 2010

Projek backdrop sempena Malam Metamorfosis DPA 1/2010

Malam Metamorfosis 2010 yang berlangsung pada 29 September 2010 sememangnya menuntut komitmen yang tinggi. Sibuk betul sepanjang membuat persiapan untuk malam tersebut.

Antaranya aku dan beberapa orang rakan terlibat dalam kerja-kerja menyiapkan hiasan luar dewan yang turut meliputi sebuah backdrop besar bertemakan rama-rama.

Cukup mencabar.

Keletihan sepanjang hari ditambah kesihatan yang kurang baik ditambah peralatan yang ala kadar dan macam-macam lagi cabaran.






Ketekunan membawa kejayaan


Namun akhirnya berkat usaha semua, berjaya juga backdrop tersebut dinaikkan dengan jayanya.







CONGRATS TO ALL!!

Malam Simfoni Budaya, Diploma Pengurusan Awam bil 1/2010

Berlangsungnya Malam Simfoni Budaya di Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara pada 24 September 2010.




Maka kami pelajar-pelajar Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam diminta untuk mengadakan pameran/ galeri kecil-kecilan untuk mempamerkan hasil kerja kami sepanjang kelas berlangsung.















Satu pengalaman yang menarik kerana ini pertama kali berpeluang mempamerkan hasil seni kepada umum.

Walaupun lingkungan sasarannya adalah kecil, namun tetap berpuas hati dan seronok!




Mereka dan hasil seni mereka.......
















Walaupun kami semua bukannya profesional, namun beberapa hasil karya berjaya menarik hati beberapa orang pembeli.

NOT BAD..... A GOOD START!