02 December 2010

Tempahan rama-rama biru siap juga akhirnya (^_^)




Makan masa juga nak siapkan tempahan ni. Bukan masa melukis yang lama, tetapi disebabkan komitmen-komitmen lain dan mood jugak macam 'liat' nak datang.

Semasa menyiapkan tempahan lukisan ni, hanya ada satu sahaja matlamat dalam otak aku iaitu, biar rakan aku ni rasa berbaloi dengan hasilnya walaupun terpaksa menunggu agak lama sikit.












Dan alhamdulillah karya ni benar-benar membuat rakanku, Yanz gembira.

Dia gembira, aku pun gembira (^_^) YEAY!!

Pagi ni serahkan kepada beliau, petangnya sudah digantung di dinding bilik pejabatnya.

Thank you Yanz sebab percaya dan hargai hasil karya aku. (^_^)V

LEGA~

Sumbangan karya untuk sekolah




Seorang rakan yang merupakan guru Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, Kedah memohon satu sumbangan karya lukisan aku untuk dipamerkan di studio seni sekolah beliau.

Dengan harapan karya tersebut dapat dijadikan sebagai contoh dan mencetus sedikit ilham buat pelajar-pelajarnya menghayati Pendidikan Seni Visual.

Maka, aku memilih karya berikut untuk disumbangkan kepada studio seni sekolah berkenaan melalui rakanku itu.










Semoga sumbangan karya ini mampu memberi manfaat kepada golongan sasaran berkenaan. (^_^)