Salam semua (^_^)V
Wahhhh, lama betul Wani tak update blog~
Bukan apa, sibuk jugak kebelakangan ni dengan kerja, study (maklumlah, pelajar part time) dan juga kerja lukis melukis dan design mendesign (alhamdulillah banyak tempahan masuk line).
Diam bukan bermakna Wani sepi dari menjalankan kegiatan dan aktiviti seni.
Di sini Wani nak share satu job design yang baru sahaja selesai dilaksanakan (alhamdulillah)...
Wani diberi kepercayaan oleh seorang klien (my ex-student) untuk DESIGN LOGO SYARIKAT yang bakal didaftarkan oleh beliau.
Beliau (Afiq) bercadang untuk menjalankan perniagaan kereta sewa di Pantai Timur.
Memandangkan kepakaran Wani dalam software-software yang berkaitan ni sangat cetek, maka Wani pun mintalah bantuan kawan baik Wani, Ady Hameme yang sememangnya berpengalaman dalam bidang tersebut.
Buat pengetahuan pembaca blog semua, ini kali kedua Afiq memberi kepercayaan kepada Enjoy Lukis selepas Lukisan Kamen Rider beliau yang ditempah diterima dengan jayanya.
Kami tekun menyiapkan design logo tersebut, terutamanya si Ady Hameme, ni bukti keseriusan beliau.
Mula-mula lepak dan mencari ilham di Unit Ekuin, UPM Serdang.
Setelah puas dikerjakan dek encik-encik nyamuk, maka kami berubah tempat ke Secret Recipe, Mines.
Akhirnya, alhamdulillah~
TADAAA~~~ Inilah hasilnya!
Alhamdulillah, Afiq suka logo tersebut.
JAMBU! Hahahah~
27 May 2011
10 April 2011
Reading time
Minggu lepas melangkahkan kaki ke Kinokuniya, KLCC bersama kawan-kawan aku, Ady dan Ijan.
Setelah puas membelek itu ini
(thanks to Ady dan Ijan kerana sangat sabar menanti),
akhirnya aku bawa pulang dua buku untuk dibaca ketika bersantai di rumah.
Karya pelukis yang tidak asing lagi (^_^)V
Menarik buku ni. Simple tapi penuh nostalgia
Pelukis-pelukis terkenal dan masalah psikologi mereka?
Interesting!
Setelah puas membelek itu ini
(thanks to Ady dan Ijan kerana sangat sabar menanti),
akhirnya aku bawa pulang dua buku untuk dibaca ketika bersantai di rumah.
Karya pelukis yang tidak asing lagi (^_^)V
Menarik buku ni. Simple tapi penuh nostalgia
Pelukis-pelukis terkenal dan masalah psikologi mereka?
Interesting!
Subscribe to:
Posts (Atom)