11 July 2010

Sakura Aishiteru

Sibuk betul beberapa bulan ni sampai tak berapa nak sempat update my blog nih.

Anyway, ada masa terluang ni, aku pun update la beberapa aktiviti seni aku.

Apa yang nak dikongsi kali ini adalah aktiviti seni Sakura Aishiteru.
2 April 2010 yang lepas, aku menghadiri kursus DPA dan group kami akhirnya bersetuju menganjurkan malam kebudayaan jepun yang dinamakan Sakura Aishiteru.

Dan seperti biasa aku yang sangat berminat dengan aktiviti seni ni ditugaskan menyiapkan backdrop pentas untuk persembahan pada malam tersebut.

Memakan masa dalam 3 hari jugak lah nak siapkan sepenuhnya painting yang paling besar pernah aku hasilkan setakat ini.

Apa yang paling tak sangka, belum lagi painting ni dinaikkan secara rasmi sebagai backdrop Malam Sakura Aishiteru, dah ada dua individu yang berminat untuk membeli painting tersebut.

Setelah beberapa siri perbincangan diadakan, akhirnya aku pun menjual painting tersebut kepada seseorang.

Weee~ seronok betul bila ada yang menghargai hasil seni kita (^_^) Ini menambahkan lagi keazaman aku untuk terus menghasilkan painting dan hasil seni yang lebih baik selepas ini.

Berikut adalah gambar-gambar painting tersebut yang sempat aku snap untuk dikongsi bersama pembaca blog ni.



18 March 2010

Sepetang di Taman Wetland, Putrajaya









Layan melukis dengan kawan baik aku, Ady Hameme di Wetland, Putrajaya....atau lebih tepat lagi, di atas Menara Tinjau, Wetland, Putrajaya.

Best!

Tahniah kepada Encik Ady kita kerana berjaya menghasilkan lukisan sulung beliau di atas kanvas! Keep it up! (boleh tengok ye betapa seriusnya muka encik Ady kita melukis....hehehehe)

Aku plak syok layan dua lukisan sampailah ke petang.

Sepanjang menyiapkan lukisan ramai jugak pengunjung yang 'memanjat' menara tinjau tu berhenti dan lepak-lepak tengok kitorang berdua melukis. Meriah!
Tetiba terasa macam pelukis jalanan pulak....hahahaha (^_-)

Dua lukisan tu aku hadiahkan kepada kedua-dua bos aku sebelum aku menghadiri kursus panjang (will be not in office) untuk lebih kurang 6-7 bulan.

habis je melukis, da petang dan perut pun da lapar...so, apalagi ALAMANDA, Putrajaya la destinasi seterusnya.

Dalam rintik hujan yang makin kasar, aku dan Ady berlari ke kereta menyelamatkan lukisan-lukisan daripada terkena air hujan (^_-)V