11 July 2010

Port Dickson dan Cinta Tiga Segi

10 Julai 2010

Aku berpeluang menemani kawanku, Awi ke P.D. untuk reunion sekolahnya.

Sementara Awi beramah mesra dengan kawan-kawan lama yang dah sepuluh tahun tak jumpa, aku dan Ady Hameme mencari port best untuk memulakan aktiviti melukis lukisan abstrak kami.



Tapi cuaca mendunglah pulak. Awan kelabu yang berarak mematikan mood untuk melukis tetapi digantikan dengan mood untuk bermain dengan pasir pantai dan menghayati permandangan pantai.

Tak lama kemudian, hujan rintik-rintik pun berhenti dan kami berdua terus membuat persiapan untuk melukis.



Sememangnya seronok melukis di tepi pantai. Terasa tenang dan damai. Cabaran melukis pada hari ini adalah cuaca yang mendung dan hari yang semakin gelap.



Akhirnya siap sudah lukisan Cinta Tiga Segi aku. Orang lain kurang faham lukisan aku tidak mengapa, tapi aku sendiri fahamnya dengan baik (^_-)V




(Lukisan aku dan Ady Hameme sedang 'dijemur' di tepi pantai)

Apa yang pasti, aku enjoy!

Kelas Seni Lukis, Diploma Pengurusan Awam siri 1/2010



Sepanjang mengikuti Diploma Pengurusan Awam (Mac-September 2010) ni, aku paling suka dan selalunya tak sabar nak menghadiri Kelas Seni Budaya yang merupakan salah satu keperluan kursus yang perlu kami hadiri.

Alhamdulillah antara Kelas Seni Budaya seperti Teater, Gamelan, Vokal, Tarian, Seni Lukis dan lain-lain yang ditawarkan kepada semua peserta, aku berpeluang mengikuti Kelas Seni Lukis yang dianjurkan. Kelas yang hanya menyediakan kurang dari sepuluh sesi pembelajaran ini bagi aku satu peluang keemasan untuk belajar lebih lanjut dan melayan hobi melukis dari seorang pelukis profesional.

Dalam masa dan tempoh pembelajaran yang terhad, dapat jugak aku timba sedikit sebanyak ilmu dan tips dari Cikgu Suzlee Ibrahim (Lecturer Fine Art Faculty, ASWARA). Alangkah bertuahnya aku dapat menimba ilmu seni daripada pelukis Malaysia bertaraf antarabangsa ni secara percuma pula tu.

Buat pembaca blog ini yang mungkin kurang mengenali Cikgu Suzlee, bolehlah layari;
http://www.suzleefineart.paint.at

Di akhir Kelas Seni Lukis ini nanti, kami semua pelajar kelas ini dikehendaki mengadakan pameran lukisan di Intan Bukit Kiara.

Bila pameran lukisannya dan berapa banyak hasil seni lukis yang akan dipaparkan untuk tontonan warga DPA dan warga Intan Bukit Kiara akan diupdate kemudian. Tungguuuuuuuuu~~~