27 October 2010

Pelangi Malam kini milik saudari Nurriha



KU MENITI AWAN YANG KELABU
KU TEMPUHI LORONG YANG BERLIKU
MENCARI SINAR YANG MENERANGI KEGELAPANKU

KU PERCAYA NANTI SUATU MASA
SANG SURIA KAN MENYINAR JUA
MEMBAWA HARAPAN YANG MENGGUNUNG BERSAMANYA

ENGKAU TIBA BAGAIKAN PELANGI
TAK BERCAHAYA NAMUN KAU BERSERI
TAPI CUKUP MENGHIBURKAN HATI INI....

Arwah Sudirman menyanyikan lagu PELANGI PETANG yang cukup menyentuh sanubari, tapi pernahkah kita mendengar istilah PELANGI MALAM?



Mula-mula tak ada idea nak bagi nama pada lukisan ni semasa ia dilukis.

Lukisan ini dilukis sekadar bagi mengurangkan stress. Laju je tangan aku mewarna kanvas putih tersebut.

Tapi akhirnya dengan ilham dari seorang rakan, lukisan ini dinamakan PELANGI MALAM.

Dipamerkan di Mini Galeri pada Malam Simfoni Budaya dan Malam Metamorfosis DPA 1/2010 akhir September 2010 yang lalu, tak sangka pula PELANGI MALAM berjaya menarik perhatian beberapa pembeli yang berminat.



Belum dipamerkan secara rasmi pada malam tersebut, PELANGI MALAM sudah menjadi milik Riha.

Rezeki Riha. Terima kasih, Riha.



Harap berpuas hati dengan kualiti lukisan ini.

Menurut kata Riha, ini kali pertama beliau membeli lukisan untuk dijadikan sebahagian hiasan dalaman rumah.

I feel appriciated!

22 October 2010

Artwork SAKURA AISHITERU dah dijual

Adui la, lama betul tak update blog....

Busy pun ye jugak, terkena penyakit malas pun ye jugak.


Apa pun, sepanjang tak update blog ni, Wani masih lagi terima beberapa email yang memberi galakan, komen-komen membina dan sokongan kepada blog EnjoyLukis.

Terima kasih buat semua yang sudi melawat blog.


Kali ni, kita imbas kembali berkenaan artwork sempena MALAM SAKURA AISHITERU yang diadakan pada April 2010 yang lalu. Pertama kali menghasilkan artwork sebesar itu untuk dijadikan backdrop pentas dalam masa dan dengan peralatan yang sangat-sangat terhad memang mencabar.


Artwork tersebut telah pun DIJUAL kepada seorang member, Yun.
Thank you Yun for your support and appreciation.


Dalam entri kali ni, kita share lah beberapa gambar yang sempat dirakam dari lensa kamera seorang kawan. Thanks D for the pic. Pinjam pic-pic ni semua untuk tatapan reader blog ni, k.





(Dalam usaha menyiapkan artwork ni...)





Warghhh~~~~ ada lagi beberapa jam sebelum artwork ni naik ke pentas....

cepat...

cepat...

tapi, PEACE dulu...hehe~




Nak pandang kanvas ke, nak pandang kamera......?? Pandang kamera la~







MALAM SAKURA AISHITERU, APRIL 2010











Penari-penari Jepun 'celup' yang cun.....





Backdrop/ artwork tu pun cun gak kan? hehehe~