28 October 2010

IN PROGRESS.....Rama-rama biru

Alhamdulillah masih ada rezeki yang datang.

Kini aku sedang mencetus ilham dan memupuk kesabaran menanam ketekunan menyiapkan lukisan tempahan seorang kawan.




Mungkin aura Malam Metamorfosis DPA 1/2010 masih belum malap sehinggakan sahabat ni meminta aku menyiapkan lukisan bertemakan rama-rama berwarna biru buatnya.

InsyaAllah, 20% progress telah berjalan. Lagi 80% yang perlu diselesaikan.

Galeri Lukisan Malam Metamorfosis dan Hadiah Lukisan buat KSN

Malam Metamorfosis.

Penutup segala usaha selama 7 bulan berjuang dalam pelbagai emosi dan situasi.

Sekali lagi kami pelajar Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam bilangan 1/2010 dipelawa membuat pameran di perkarangan Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara.

Sambutan memang menggalakkan untuk artis-artis baru dan amatur macam kami ni. Tak sangka ramai juga yang meminati lukisan rupa-rupanya.

Berikut sebahagian suasana yang berjaya dirakam sepanjang pameran lukisan tersebut berlangsung:







Hampir sepuluh lukisan berjaya dijual pada malam tersebut.



Selain itu, kami pelajar Kelas Seni Lukis juga turut menghadiahkan sebuah lukisan sesuai dengan tema malam tersebut mewakili semua para pelajar kepada Ketua Setiausaha Negara yang merupakan tetamu kehormat.



Inilah hasil seni kami sebagai hadiah buat KSN







Alhamdulillah respons yang diterima adalah positif.

Nafas lega kami hembuskan!