18 September 2010

Hasil melayan hobi melukis (^_-)V

18 September 2010


Hari ni mood untuk melukis dan bersantai di rumah memang sangat tinggi.

Jadi aku usha-usha la kanvas yang ada dalam stor rumah aku dan bawa keluar semua peralatan melukis yang aku ada.

Hasilnya aku menemui 2 kanvas yang masih kosong dan perlu dicorakkan :)

Maka, sambil menonton Geng Pengembaraan Upin dan Ipin di TV9, aku pun layan melukis. Syok betul!

Berikut adalah hasil yang berjaya aku siapkan pada hari ini (^_^)V

LUKISAN 1
(MASIH TAK DAPAT MEMBERI NAMA YANG SESUAI UNTUK LUKISAN INI)





LUKISAN 2
(JUGA MASIH TAK DAPAT MEMBERI NAMA YANG SESUAI UNTUK LUKISAN INI)





Buat masa ni biarlah kedua-dua lukisan ni berstatus 'Tiada Nama'

Dah puas melukis, barulah bersemangat untuk menjalani rutin harian seperti biasa :)

05 September 2010

DUIT RAYA!!! Alhamdulillah~ (^_^)

31 Ogos 2010

Setelah melepaskan lelah sekejap sebab pergi meraikan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan di Kompleks Sukan Negara (di bulan puasa dan cuaca yang agak cerah la juga), aku menyinsing lengan menyiapkan lukisan yang ditempah oleh sahabatku yang bernama Liza seperti mana yang pernah dijanjikan untuk disiapkan sebelum raya.

Liza menempah lukisan untuk dijadikan sebagai hiasan di ruang tamu rumahnya. Setelah beberapa siri perbincangan dijalankan akhirnya aku tiba ke stage terakhir iaitu untuk menconteng kanvas putih menyiapkan lukisan untuk sahabat aku itu

Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan sebahagian daripada 'my gears'....Hehehehe





Setelah berusaha dengan gigih, akhirnya inilah hasilnya. TAADAAA~~~~





Pada tanggal 31 Ogos 2010 bersamaan dengan Ulang Tahun Ke 53 Kemerdekaan Negara Malaysia, aku berjaya menyiapkan lukisan ini. Puas hati (^_-)V

Lukisan ini berjaya diserahkan secara rasminya kepada pembeli yang menempahnya pada 2 September 2010 :)

Dan........pada 3 September 2010 aku menerima bayarannya. Yahuuuuu~~~ duit raya! duit raya! Alhamdulillah..hehehe

Dapatlah belanja mak aku serba sedikit membuat persediaan raya beliau (^_^)V seronok beliau membeli belah bersama aku

Namun, apa yang paling penting dan memuaskan hati bukanlah duit yang diterima, tetapi respons baik dan kepuasan hati pelanggan (chewahhh..pelanggan lah sangat...).

TERIMA KASIH LIZA KERANA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA WANI UNTUK MENGHIASI SEBAHAGIAN RUANG TAMU RUMAH KAMU. DAH SIAP GANTUNG DI DINDING RUMAH NANTI, AMBILLAH GAMBAR YE ;)

Satu selesai, ada lagi dua tempahan lukisan untuk dua rumah sahabatku yang perlu disiapkan sebelum akhir tahun ini.

Alhamdulillah, rezeki. Syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi Kurnia

Perasmian Pameran Lukisan "KepadaMu Kekasih" di Balai Seni Lukis Negara

20 Ogos 2010

Tamat je kelas Seni Lukis aku dan sahabatku, Leen bergegas naik bas.
Adalah dalam 2 atau 3 bas yang akan menuju ke Balai Seni Lukis Negara untuk menyaksikan Perasmian Pameran Lukisan "KepadaMu Kekasih" dan Majlis Berbuka Puasa.



Sampai sahaja di Balai Seni Lukis Negara, kami mendaftar di ruang legar dan tersenyum apabila dapat goodie bag (^_^). Isi kandungan goodie bag yang aku paling suka ialah poskad-poskad beberapa karya yang dipamerkan untuk pameran kali ini.



Lebih kurang pukul 6.30 petang, majlis perasmian pun berlangsung. Dirasmikan oleh Senator Datuk Mashitah dan dihadiri beberapa orang kenamaan yang penting dan pelukis-pelukis tanah air. Antara intipati majlis perasmian adalah bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Muhammad (naib juara Akademi al Quran) dan dendangan lagu Kepada-Mu Kekasih dendangan M. Nasir.

Selesai sahaja upacara perasmian, kami berpusu-pusu masuk ke ruang Galeri Reka yang menempatkan karya-karya untuk pameran ini. KAGUM! Itulah ayat yang sesuai untuk aku gambarkan karya-karya yang aku dapat lihat secara dekat ini. Pelukis-pelukis tempatan sememangnya berbakat besar.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang berjaya aku rakam sepanjang berada di dalam Galeri Reka:








Sedang asyik menghayati karya-karya yang dipamerkan, aku terserempak dengan Cikgu Suzlee dan sempat pulak aku merakamkan gambar beliau disamping hasil karya beliau yang turut dipamerkan untuk pameran kali ini



Walaupun tak berapa puas lagi ronda dalam galeri tersebut, tapi memandangkan masa berbuka dah terlalu hampir, kami pun bergegas ke ruang makan untuk berbuka.

Selesai berbuka dan solat, aku dan sahabatku, Leen meronda-ronda sekitar Balai Seni Lukis Negara. Di bahagian luar, bersebelahan ruang parking, kami terlihat sebuah 'kontena' yang menempatkan berpuluh-puluh malah mungkin beratus-ratus lukisan yang unik. Lukisan yang bertemakan Naive Art.

Seolah-olah sebuah galeri kecil. Kami mengintai dari luar sambil berbalas komen tentang lukisan-lukisan yang kami lihat. "UNTUK DIJUAL" itu papan tanda yang kami lihat di dalam 'kontena' seni tersebut. Sedang kami asyik menghayati lukisan-lukisan tersebut dan berbalas komen sesama sendiri, tiba-tiba satu suara yang garau menyapa kami

"EHEM!! MASUKLAH!! SILAKAN MASUK!JANGAN SEGAN!"

Terkejut aku dan Leen. Ada orang rupanya di dalam 'kontena' tersebut! Pastinya gelagat kami yang ala-ala pengintip tak bertauliah tadi diperhatikan..hehehe

Sambil tersengih kami masuk ke dalam 'kontena' tersebut setelah dipelawa dengan bersungguh-sungguh oleh empunya semua hasil seni tersebut.

Banyak betul soalan yang aku ajukan tentang lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis tersebut. Harga, Konsep, Tempoh Masa, Motivasi, Minat, Sketching dan bla...bla...bla....

Apa yang bagusnya, encik pelukis kita yang ternyata banyak pengalaman yang menggunakan nama samaran 'WAJA' ini tidak lokek berkongsi ilmu..Walaupun pertemuan itu hanya lebih kurang 15 minit sahaja, namun banyak ilmu yang disampaikan oleh beliau meresap dalam hati aku. Perkongsian ilmu beliau berjaya menaikkan lagi keazaman aku untuk terus melukis.

Terima kasih encik WAJA! (^_^)

Dalam perjalanan balik, ternyata kepuasan tergambar di wajah rakan-rakan yang mengunjungi Balai Seni Lukis Negara termasuklah aku :)

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengunjungi pameran "KEPADAMU KEKASIH", masih belum terlambat lagi kerana pameran masih berlangsung sehingga 20 September 2010

Kelas Seni Lukis, Diploma Pengurusan Awam di bulan ramadhan

20 Ogos 2010

Hari ni ade kelas seni lukis lagi bersama Cikgu Suzlee.. Tapi aku tak alert pasal perubahan jadual ni lalu membuatkan aku tak bawa painting aku ke kelas....akhirnya aku dok sibuk usha-usha member-member yang bawa painting menyiapkan karya masing-masing dan tolong menyibuk mana-mana yang patut.

Cikgu kata dia harap kami bawa painting agar dia boleh komen mana yang patut tapi aku tak bawa pula...heheheheheh...sori la cikgu yer~

Agaknya cikgu Suzlee tengok macam ramai yang tak bawa painting seperti yang dirancang, maka cikgu minta kami keluarkan sehelai kertas putih (A4) untuk menghasilkan sebuah lukisan menggunakan pen atau pensel.

SYARATNYA: "Kamu tak dibenarkan mengangkat pen kamu dari titik mula melukis hinggalah tamat melukis. Kecuali kalau kamu rasa betul-betul terpaksa angkat pen yang mana kalau kamu tak angkat pen, lukisan kamu akan cacat, barulah kamu dibenarkan angkat pen."

Itulah pesanan cikgu Suzlee...MENARIK!

Bisik aku dalam hati sambil laju je tangan aku capai pen ink hitam dakwat cair (entah pen siapa yang aku tibai..hahahahaha...pen Mazlina kot) dan mula melakar.

Bak kata cikgu, teknik ni bagus untuk membuatkan minda kita berfikir dan menjana kreativiti.

Maka, inilah hasilnya~~~ hehehehehe



(ni aku lukis gambar Mazlina la konon-kononya..hehe)

Cikgu suruh buat satu, aku excited buat dua (^_-)V




(Ni pulak gambar sorang classmate seni lukis aku..ntah jadi ntah tidak gambar ni, ko sabar je la bro ek...hehe)



Habis je kelas, aku terkocoh-kocoh keluar untuk menaiki bas kerana ada perasmian pameran lukisan di Balai Seni Lukis Negara dan majlis berbuka puasa di sana.

Mana boleh sia-siakan kesempatan yang ada!

Bas!!!!! Tunggu aku!!!!!