05 September 2010

Perasmian Pameran Lukisan "KepadaMu Kekasih" di Balai Seni Lukis Negara

20 Ogos 2010

Tamat je kelas Seni Lukis aku dan sahabatku, Leen bergegas naik bas.
Adalah dalam 2 atau 3 bas yang akan menuju ke Balai Seni Lukis Negara untuk menyaksikan Perasmian Pameran Lukisan "KepadaMu Kekasih" dan Majlis Berbuka Puasa.



Sampai sahaja di Balai Seni Lukis Negara, kami mendaftar di ruang legar dan tersenyum apabila dapat goodie bag (^_^). Isi kandungan goodie bag yang aku paling suka ialah poskad-poskad beberapa karya yang dipamerkan untuk pameran kali ini.



Lebih kurang pukul 6.30 petang, majlis perasmian pun berlangsung. Dirasmikan oleh Senator Datuk Mashitah dan dihadiri beberapa orang kenamaan yang penting dan pelukis-pelukis tanah air. Antara intipati majlis perasmian adalah bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Muhammad (naib juara Akademi al Quran) dan dendangan lagu Kepada-Mu Kekasih dendangan M. Nasir.

Selesai sahaja upacara perasmian, kami berpusu-pusu masuk ke ruang Galeri Reka yang menempatkan karya-karya untuk pameran ini. KAGUM! Itulah ayat yang sesuai untuk aku gambarkan karya-karya yang aku dapat lihat secara dekat ini. Pelukis-pelukis tempatan sememangnya berbakat besar.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang berjaya aku rakam sepanjang berada di dalam Galeri Reka:








Sedang asyik menghayati karya-karya yang dipamerkan, aku terserempak dengan Cikgu Suzlee dan sempat pulak aku merakamkan gambar beliau disamping hasil karya beliau yang turut dipamerkan untuk pameran kali ini



Walaupun tak berapa puas lagi ronda dalam galeri tersebut, tapi memandangkan masa berbuka dah terlalu hampir, kami pun bergegas ke ruang makan untuk berbuka.

Selesai berbuka dan solat, aku dan sahabatku, Leen meronda-ronda sekitar Balai Seni Lukis Negara. Di bahagian luar, bersebelahan ruang parking, kami terlihat sebuah 'kontena' yang menempatkan berpuluh-puluh malah mungkin beratus-ratus lukisan yang unik. Lukisan yang bertemakan Naive Art.

Seolah-olah sebuah galeri kecil. Kami mengintai dari luar sambil berbalas komen tentang lukisan-lukisan yang kami lihat. "UNTUK DIJUAL" itu papan tanda yang kami lihat di dalam 'kontena' seni tersebut. Sedang kami asyik menghayati lukisan-lukisan tersebut dan berbalas komen sesama sendiri, tiba-tiba satu suara yang garau menyapa kami

"EHEM!! MASUKLAH!! SILAKAN MASUK!JANGAN SEGAN!"

Terkejut aku dan Leen. Ada orang rupanya di dalam 'kontena' tersebut! Pastinya gelagat kami yang ala-ala pengintip tak bertauliah tadi diperhatikan..hehehe

Sambil tersengih kami masuk ke dalam 'kontena' tersebut setelah dipelawa dengan bersungguh-sungguh oleh empunya semua hasil seni tersebut.

Banyak betul soalan yang aku ajukan tentang lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis tersebut. Harga, Konsep, Tempoh Masa, Motivasi, Minat, Sketching dan bla...bla...bla....

Apa yang bagusnya, encik pelukis kita yang ternyata banyak pengalaman yang menggunakan nama samaran 'WAJA' ini tidak lokek berkongsi ilmu..Walaupun pertemuan itu hanya lebih kurang 15 minit sahaja, namun banyak ilmu yang disampaikan oleh beliau meresap dalam hati aku. Perkongsian ilmu beliau berjaya menaikkan lagi keazaman aku untuk terus melukis.

Terima kasih encik WAJA! (^_^)

Dalam perjalanan balik, ternyata kepuasan tergambar di wajah rakan-rakan yang mengunjungi Balai Seni Lukis Negara termasuklah aku :)

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengunjungi pameran "KEPADAMU KEKASIH", masih belum terlambat lagi kerana pameran masih berlangsung sehingga 20 September 2010

No comments:

Post a Comment