18 March 2011

I am attached to CIRCLE

Bulat kecil bulat kecil bulat yang besar...lala lala lala lalalalalaaaa~

Teringat pulak lagu zaman sekolah dulu-dulu ni (^_^)

Topik kali ni berkaitan dengan BULAT

Tak tahu la kenapa, sejak akhir-akhir ni selalu terfikir benda-benda yang bulat dan akhirnya menjadi inspirasi untuk dijadikan lukisan.

Tapi kenapa mesti bulat??

Entahlah. Bila lukis bulatan, warnakan bulatan tersebut, rasa puas hati dan gembira.

Lukisan menggunakan water color di atas kertas kali ni bertemakan bulatan.





Bila difikir-fikir semula, banyak juga kaitan hidup aku dengan bulatan. Antaranya:

1) Aku hidup di atas permukaan bumi yang seperti diketahui umum berbentuk sfera


2) Karpet di ruang tamu rumah aku juga bertemakan bulatan :)



3) Semasa zaman sekolah dulu-dulu aku seorang atlet bola jaring.
Selalu bermain dengan bola jaring yang dah memang sah bulat bentuknya dan selalu ditugaskan menjadi goal keeper (GK) atau goal shooter (GS) yang sentiasa dekat dengan 'ring' netball yang juga bulat.

(sumber:thepriorynews.blogspot)





4) Aku juga seorang atlet Silat Olahraga yang perlu bertanding di dalam gelanggang yang berbentuk bulat.

(Sumber: silatfighterhandbook.netau.net)

Banyak lagi lah bulatan-bulatan yang berkaitan dalam hidup aku.

Mungkin sebab itulah lukisan-lukisan aku kadang kala banyak dipengaruhi unsur bulatan.

Serasi agaknya.

Apa pun tak kisah lah bulatan ke, segi tiga ke, segi empat ke,
yang penting aku ENJOY MELUKIS!

8 comments:

  1. bulat itu melambangkan infinity...
    tidak berpenghujung...
    smoga hasil seni anda juga tidak
    ada habisnye...^^

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah (^_^)

    Selagi Dia beri ilham..amin~

    TQ for your komen :)

    ReplyDelete
  3. 1st karpet tu cantiklah...

    2nd..baca part bola jaring teringat jugak deqlis dl pun pemain bola jaring sekolah..tp deqlis jdk C atau GA... pegang bola bulat..

    deqlis pun minat lukisan...tp tak pernah berpeluang lagi wat lukisan arcylic painting nie..last melukis atas kertas lukisan dan lukisan ukiran board masa SPM..amik jugak subjek nie walau kelas sains..

    Moga bulat dan bentuk apa sekalipun terus memberi ilham dan inspirasi..!

    ReplyDelete
  4. TQVM Deqlis.

    Tahniah menang GA 3 Sponsor :)

    Moga2 Deqlis suka painting yang Deqlis menang tu.

    Dulu Wani pun ambik kelas Seni Lukis time form 5. Masa tu aliran sains jugak. Boleh la kita share minat yang sama dalam seni lukis ni :)

    Semoga ilham terus hadir utk wani share minat ni dgn mereka-mereka yang juga minat bidang yang sama.amin~

    ReplyDelete
  5. cik wani ni, lukis bulat pon cantik dan berseni, kalau aisha mmg kne gelak la jawapnya..hehe

    ReplyDelete
  6. Aisha,tahniah jugak jd pemenang ga 3 sponsor aritu.

    Waniminat melukis. Apa yang terlintas kat fikiran wani zahirkan je.

    Know what,sometimes org yg xpandai lukis pun tetap boleh hasilkan lukisan yg ada seninya yg tersendiri. Org gelakkan pun xpe yg penting kita puas ati

    ReplyDelete
  7. karpet itu sampai sekrang aku perasan wanie...
    ingat masa raya rumah ko dengan kak aurah..hehe

    yg circle atas kertas tu kalau tenung betul2 aku rasa mcm masuk dalam jurang yang dalam! perghhh...takut2...hehe

    ReplyDelete
  8. Eqbal: Haa, tu la. ko kan berkenan kat karpet tu. Aku ingat lagi, kak zura khusyuk minum air sirap aku, ko dok renung2 karpet tu..hahaha

    Yang circle tu ada macam blackhole x? hahaha

    ReplyDelete