26 July 2010

Lakaran dan contengan di sketch book



Dalam kelas, sambil tengok tv, tepi pantai, sebelum tido, mana-mana la situasi yang aku rasa aku bosan dan tension ke, aku mesti capai pen@ pensel @ warna untuk menconteng sesuatu. Itu dah memang kebiasaan dari zaman sekolah lagi. Dengan cara itu aku enjoy..

Bila aku kumpul-kumpul semula sketch book aku dan belek satu persatu, banyak jugak dah koleksi lakaran-lakaran dan lukisan aku.

Ada la dalam 10 sketch book aku yang sejak dari tahun 2000@ 2001 aku masih simpan lagi.

Dan sebahagiannya ingin aku kongsi bersama pembaca blog nih :)


Selamat menjamu mata~















































































21 July 2010

Sibuk menyiapkan tempahan lukisan



Dalam pada sibuk dengan aktiviti harian ni, rezeki dalam bidang lukisan ni mencurah-curah pula. Alhamdulillah~

Yang pastinya komitmen pun semakin bertambah la.

Buat masa sekarang ada dua tempahan lukisan yang perlu disiapkan. Satu sebelum raya aidilfitri dan satu lagi selepas raya aidilfitri.

Sekarang ni aku tengah sibuk menyiapkan draf painting (acrilic on canvas) untuk memenuhi tempahan seorang sahabat. Sahabat aku ni nak aku buat painting untuk hias ruang tamu rumahnya.

Jadi sekarang ni sibuklah aku menyiapkan draf untuk dipilih oleh tuan empunya rumah
:) seronok bila orang percaya pada hasil seni kita. Pastinya painting aku nanti bakal menghiasi rumah sahabt kita ni di hari raya kelak.

Bagi sesiapa yang berminat nak tempah painting untuk ruang tamu, bilik tidur atau apa saja, bagitahu sahaja budget kepada aku dan perbincangan boleh dijalankan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Akan update painting tersebut apabila siap kelak untuk dikongsi bersama pembaca blog (^_-)V

20 July 2010

Pokok Duit-duit

Menggunakan cat akrilik di atas kanvas bersaiz 24x18, aku menamakan lukisan ini sebagai Pokok Duit-duit.

Lukisan ini berjaya dihasilkan dalam Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam dan siap secara rasminya pada 16 Julai 2010. (^_^)V puas hati....

Kepada peminat warna hijau mahupun peminat alam semulajadi, harap lukisan ini menggembirakan anda!







Persiapan saat-saat akhir Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam bil 1/2010

16 Julai 2010.

Tak lama lagi (pertengahan Ogos) kami pelajar-pelajar Kelas Seni Lukis Diploma Pengurusan Awam bil 1/2010 akan mengadakan pameran lukisan untuk mempamerkan lukisan-lukisan kami (budak baru belajar..hehehe) di Intan Bukit Kiara.

Jadi masing-masing berusaha menyiapkan lukisan masing-masing walaupun dengan ketiadaan Cikgu Suzlee di dalam kelas.

Sebahagian aksi yang berjaya dirakam sepanjang kelas berlangsung. Chiayouk!! Ogos ini, Apresiasi Kanvas bakal menggegar! Yeah~



Wani, Abe Zul dan Abang Long khusyuk dengan lukisan masing-masing











Mereka dan Naive Art :)














Faizal dan lukisan keretanya

















Azuandi dengan Upin Ipin yang hendak dihadiahkan kepada anak-anak..haha










Atul yang begitu tekun mewarna :)

Lukisan-lukisan ayah

Mama selalu bercerita yang ayah aku ni masa zaman muda memang suka melukis. Kiranya aku ni memang mewarisi minat ayah aku lah. Hehehe.

Mana taknya, dari zaman sekolah rendah sampai ke universiti, aku selalu jugak masuk pertandingan melukis di sana sini...

Masuk pertandingan melukis memang lumayan..hehehehe..dan yang pastinya seronok tak kira menang atau kalah. Sampai sekarang alhamdulillah aku masih berpeluang untuk aktif melukis :)

Banyak jugak kot lukisan-lukisan yang ayah pernah hasilkan sebagai pelukis amatur tapi aku tak berpeluang nak tengok kecuali beberapa lukisan sahaja.

Dulu-dulu masa kecil, ketika berkunjung ke rumah nenek aku di Melaka, aku bertanya pada mama, "Ma, lukisan-lukisan kat dinding rumah nenek ni siapa yang lukis?"

Dan mama pun menjawab "Ayah yang lukis semua lukisan tu". Dan aku kagum.

Sedar atau tidak dah lebih dua puluh tahun lukisan-lukisan itu tetap utuh tergantung di ruang tamu rumah nenek aku di kampung. Itu sahaja lukisan-lukisan ayah yang dihasilkannya di waktu muda yang dapat aku tengok.

Berikut adalah lukisan-lukisan tersebut untuk dikongsi bersama pembaca blog ini:







Potret mama semasa muda yang dilukis oleh ayah...(^_^)


















Ni pulak gambar-gambar pemandangan yang ayah lukis :)








Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu, kalau aku nak masuk pertandingan melukis antara sekolah-sekolah mahupun peringkat negeri, aku pasti akan mendapatkan khidmat nasihat dan mempelajari beberapa teknik melukis dari ayah. Mama pun apa kurangnya, boleh tahan juga bab-bab melukis dan memberi idea.

Sememangnya aku bersyukur di atas kurnia Allah (^_^)