21 July 2010

Sibuk menyiapkan tempahan lukisan



Dalam pada sibuk dengan aktiviti harian ni, rezeki dalam bidang lukisan ni mencurah-curah pula. Alhamdulillah~

Yang pastinya komitmen pun semakin bertambah la.

Buat masa sekarang ada dua tempahan lukisan yang perlu disiapkan. Satu sebelum raya aidilfitri dan satu lagi selepas raya aidilfitri.

Sekarang ni aku tengah sibuk menyiapkan draf painting (acrilic on canvas) untuk memenuhi tempahan seorang sahabat. Sahabat aku ni nak aku buat painting untuk hias ruang tamu rumahnya.

Jadi sekarang ni sibuklah aku menyiapkan draf untuk dipilih oleh tuan empunya rumah
:) seronok bila orang percaya pada hasil seni kita. Pastinya painting aku nanti bakal menghiasi rumah sahabt kita ni di hari raya kelak.

Bagi sesiapa yang berminat nak tempah painting untuk ruang tamu, bilik tidur atau apa saja, bagitahu sahaja budget kepada aku dan perbincangan boleh dijalankan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Akan update painting tersebut apabila siap kelak untuk dikongsi bersama pembaca blog (^_-)V

No comments:

Post a Comment