4 Julai 2010...
Pada 22 Jun 2010 hingga 6 Julai 2010, aku dan 5 orang kawan ditempatkan selama 2 minggu untuk Program Penempatan Daerah di Kampung Felda Palong 1, Gemas, N9.
Macam-macam aktiviti kemasyarakatan yang dapat kami jalankan. Antaranya ialah melukis mural di dinding balairaya felda tersebut.
Cabaran pertama yang timbul adalah untuk mendapatkan cat mural dan barang-barang kelengkapan seperti berus dan sebagainya. Puas satu pekan Bahau aku dan kawan-kawan round tapi tak juga ketemu cat untuk buat mural. Akhirnya rezeki berpihak kepada kami bila di kedai alat tulis yang terakhir yang kami masuk, ada menjual cat-cat untuk mural dinding.
Sebelum dinding diconteng, haruslah kena buat draf dulu.
(Inilah sketch book dan kotak pensel kesayangan aku
yang selalunya aku bawa ke hulu ke hilir)
Berikut adalah draf yang berjaya aku lakarkan setelah idea datang menerjah.
(Draf 1)
(Draf 2)
Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan untuk menconteng dinding balairaya pun tiba. Semangat betul semua kawan-kawan aku nak menconteng. Amin, Amir, Alinn, Kak Zura, Aisyah dan aku pun memulakan misi menconteng kami.
Akhirnya setelah bersungguh-sungguh menyiapkan mural, inilah hasilnya.
TAAADAAAAA~~ Cantik tak? Hehehe...
5 Julai 2010
Majlis pemimpin bersama masyarakat di Balairaya felda ini menerima kunjungan tetamu kehormat iaitu Dato V.S Mogan. Pagi-pagi lagi, aku dimaklumkan oleh Amir bahawa ada permintaan dari Tok Ketua Felda Palong 1 untuk melukis lagi di dinding balairaya. Permintaan untuk melukis logo Felda.
Apalagi, tanpa buang masa, sebelum VIP sampai, logo tersebut sepatutnya dapat disiapkan. Kawan-kawan lain sibuk bergotong royong membersihkan perkarangan balairaya. Aku pula menconteng dan mewarna.
Akhirnya setelah lebih kurang sejam setengah menconteng, siap jugak logo tersebut. Fuh~ lega.
Akhirnya majlis tersebut berjalan lancar
6 Julai 2010
Kami pulang semula ke Bukit Kiara namun hasil seni kami dapat diabadikan di dinding balairaya felda tersebut (^_^)V
No comments:
Post a Comment