12 July 2010

Lukisan WOMEN dijual (^_-)V

Semalam (11.7.2010), aku menuju ke Sri Serdang untuk survey kedai bingkai gambar untuk tempah frame lukisan tapi almaklumlah hari ahad, kedai pun tutup.

Jadinya merayau sampai ke Bandar Baru Bangi untuk tujuan yang sama.

Akhirnya aku menuju ke Kompleks PKNS Bangi di seksyen 8. Di situ, aku berjaya menempah frame untuk lukisan WOMEN di sebuah galeri serba sederhana yang dinamakan El Art Cave di dalam Kompleks PKNS tersebut. Sempat jugalah cuci mata melihat luksian-lukisan yang dipamerkan di dalam galeri tersebut.

Setelah proses negotiation berjalan, aku puas hati dengan harga frame + cermin anti glare yang berpatutan.

Seminggu lagi aku akan datang semula untuk ambil frame yang telah siap ditempah.

Sebenarnya aku menempah frame kerana lukisan aku berjudul WOMEN yang menggunakan cat akrilik di atas kertas lukisan telah berjaya menambat hati junior aku semasa di UPM dahulu. alhamdulillah, setelah berbincang apa-apa yang patut, aku bersetuju menjual lukisan tersebut kepada Aisyah :)

Terima Kasih kepada Aisyah kerana membeli hasil seni aku.
Ini menambahkan lagi tahap keazaman untuk terus berkarya mencorak kertas @ kanvas putih (^_^)



Inilah lukisan WOMEN yang dimaksudkan

2 comments:

  1. very nice...keep it up..sory tk diundang..hehehe

    ReplyDelete
  2. TQ for the comment..xper, silakan komen. Dialu-alukan (^_-)V

    ReplyDelete